GAZA – Warga Palestin di Semenanjung Gaza memulakan sambutan bulan suci Islam, Ramadan hari ini di tengah-tengah keadaan ekonomi yang merudum akibat koronavirus. Pada 22 Mac lalu, kerajaan Gaza yang dikendalikan oleh Hamas, mengisytiharkan keadaan darurat, mengenakan sekatan pencegahan. Sejak itu, semua masjid, universiti, sekolah dan restoran ditutup, dan perhimpunan awam dilarang, terutama di pasar.