Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hiasi diri dengan akhlak terpuji

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 100 orang menghadiri program Pejuang Fajr kali ke-12 bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Urus Setia Program Keugamaan Belia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Belia Da’ie, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Acara dimulakan dengan sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Mulk yang dipimpin oleh ahli Jawatankuasa Belia Da’ie, Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dalam pengajaran Al-Quran, Awang Muhammad Nur ‘Alim bin Abdullah Nordin.

    Seterusnya, tazkirah subuh bertajuk Bersatu Mencapai Cita Negara, tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40 yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin.

    Antara inti pati tazkirah yang disampaikan ialah menjadi fitrah manusia mencintai tanah air walau bagaimanapun keadaannya. Sekalipun Mekah pada zaman dahulunya dipenuhi dengan kekufuran dan kejahilan penghuninya, Rasulullah SAW tetap cinta dan kasih akan tanah kelahiran Baginda.

    Semua pihak perlu berganding bahu dalam memainkan peranan dalam merealisasikan cita negara dan golongan yang paling penting dalam usaha ini adalah golongan belia.

    Para belia perlu dilengkapi dengan sifat-sifat dan ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi pemimpin yang akan menerajui negara pada masa hadapan.

    Belia perlu memiliki keimanan yang teguh, ketakwaan yang kukuh, serta menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji sehingga terserlah pada diri mereka ciri-ciri kepimpinan yang terbaik.

    Turut hadir ialah para jemputan khas; pegawai serta kakitangan PDI dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU; belia-belia Program Keugamaan Belia di bawah KHEU; Belia Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Muslimah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; ahli-ahli Jawatankuasa Belia Da’ie;
    dan para jemaah masjid serta orang awam.

    Para jemaah menunaikan sembahyang Fardu Subuh berjemaah semasa program Pejuang Fajr bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...