Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hibernian benam Celtic 4-2

    GLASGOW, 25 MEI – Celtic menghadapi kekalahan domestik ketiga musim ini apabila Hibernian menewaskan 10 pemain pasukan Ange Postecoglou 4-2 semalam.

    Kedua-dua pasukan ingin mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Scotland mereka di mana Celtic bangkit kembali setelah hanya memenangi dua daripada enam perlawanan terakhir mereka selepas mereka dinobatkan sebagai juara liga.

    Postecoglou memberi beberapa pemain sampingannya peluang untuk menyinar di Easter Road dan mereka mendahului 2-1 menerusi sepakan penalti Reo Hatate dan Oh Hyeon-gyu dengan baki 20 minit.

    Tetapi dengan ketiadaan Daizen Maeda, yang diberikan kad kuning kedua, mengubah corak permainan apabila Hibs berjaya menjaringkan gol dan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kelima.

    “Ini adalah tanggungjawab saya, saya membuat banyak perubahan dan memainkan pemain yang sudah lama tidak bermain, itu tidak adil kepada mereka tetapi itu hanya cara saya melakukan sesuatu,” kata Postecoglou. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda