Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hibino menang Terbuka Prague

    PRAGUE, 7 OGOS – Pemain Jepun, Nao Hibino menamatkan perjalanan dongeng daripada pemain kalah kepada juara apabila dia menewaskan pemain remaja Czech, Linda Noskova dalam straight set hari ini untuk memenangi Terbuka Prague.

    Hibino, 28, menewaskan pilihan keempat Noskova 6-4, 6-1 dalam perlawanan akhir yang terjejas oleh hujan. Dia menambah gelaran WTA ketiga kepada kemenangan sebelumnya di Tashkent pada 2015 dan Hiroshima pada 2019.

    “Saya amat bersyukur kerana berjaya mara ke final hari ini,” kata Hibino. “Ia adalah minggu yang sukar dengan semua hujan.”

    Perlawanan akhir terpaksa digantung apabila Hibino, pemain nombor 136 dunia, mendahului 4-1, 30-0 pada set kedua ketika hujan membelenggu kejohanan sejak Sabtu.

    Hibino sudah pun terpaksa mengakhiri separuh akhir menentang pemain Romania, Jaqueline Cristian pada pagi ini, tetapi dia hanya menghabiskan masa lima minit di gelanggang. Hujan menghentikan program Sabtu dan acara separuh akhir ditunda ke Ahad, yang tertangguh lagi kerana hujan.

    Noskova, 18, berjaya mengendalikannya dalam straight set, manakala aksi separuh akhir Hibino digantung selepas lima jam dan tiga gangguan dengan pemain Jepun itu mendahului 5-2 pada set ketiga. – AFP

    Nao Hibino mengembalikan bola kepada Linda Noskova semasa kejohanan tenis Terbuka Prague di Prague, Republik Czech kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda