Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Hibrid Bugatti baharu bernilai AS$4 juta

    PARIS, 21 JUN – Pengeluar kereta super, Bugatti, kelmarin mempamerkan kereta hibrid pertamanya dengan kelajuan tertinggi kira-kira 445 kilometer sejam dan menyediakan tanda harga lebih daripada AS$4 juta.

    Syarikat itu berkata kereta Tourbillon 1,800 kuasa kuda itu kini dalam fasa ujian dan penghantaran 250 buah kereta yang dirancang akan bermula pada 2026.

    Kereta itu, dengan badan karbon dan bahagian cetakan 3D, mempunyai tiga motor elektrik dan satu enjin bahan api 1,000 kuasa kuda yang direka bentuk baharu.

    Walau bagaimanapun, kereta yang ditampung oleh bateri elektrik itu hanya mempunyai autonomi 60 kilometer, bagaimanapun, kata syarikat yang dimiliki oleh Porsche dan syarikat Croatia Rimac.

    Apabila pembuat kereta elektrik sporty, Rimac, mengambil alih kepentingan utama dalam Bugatti pada 2021, pemerhati telah meramalkan bahawa pembuat kereta mewah itu akan mempunyai model elektrik tidak lama lagi.

    Tetapi pemiliknya, Mate Rimac, berkata Mei lalu bahawa golongan mewah yang merupakan pelanggan utama Bugatti menentang kereta elektrik super itu.

    Selain itu terdapat juga perbandingan aspek dengan industri kereta yang lain, di manaTourbillon hanya mempunyai skrin kecil untuk penunjuk digital.

    Meter kelajuan, kaunter rev dan indikasi  lain diletakkan tepat di belakang stereng yang dibentuk dalam sistem titanium, nilam dan delima di mana ia direka khusus oleh pereka jam Swiss.

    Dibuat di sebuah kilang di Molsheim di timur Perancis, Tourbillon mempunyai harga permulaan sebanyak 3.8 juta euro (AS$4.1 juta), kata syarikat itu. – AFP

     

    Web Envato

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...