GLASGOW, 28 Dis – Rangers masih mengekalkan peluang untuk merebut kejuaraan Scotland selepas beroleh kemenangan 2-0 ke atas Motherwell sementara Hibernian terpaksu akur dengan jaringan 0-0 ketika menentang Hearts semalam.
Danny Wilson yang baru sahaja meraikan hari jadi ke-26 tahun menjaringkan gol pembukaan 10 minit sebelum separuh masa pertama tamat sebelum Alfredo Morelos menggandakan jaringan.
Penghuni nombor tiga liga, Rangers telah mensia-siakan peluang dalam perlawanan sebelum ini menentang St Johnstone dan Kilmarnock tetapi kali ini Rangers berjaya mengekalkan jaringan walaupun ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga Celtic.
Tetapi pengurus Rangers Graeme Murty menerima tamparan hebat selepas Ryan Jack terpaksa dikeluarkan tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama, mungkin akan terlepas pertembungan menentang Celtic hujung minggu ini.
Di Tynecastle, Hibernian berang apabila pengadil Steven McLean dan pembantunya gagal untuk melihat rembatan Oli Shaw melepasi garisan gol.
Shaw begitu yakin dengan peluang yang dicipta pada minit ketujuh melepasi gawang dan mula meraikan gol namun kegembiraannya terbantut sejurus selepas McLean meneruskan permainan.
Bola kelihatan melepasi garisan dan pengadil serta pembantu pengadil Sean Carr berada dalam kedudukan yang tepat tetapi tidak mengesahkannya dan gambaran dari televisyen membuktikan mereka salah.
Pengurus Hibs Neil Lennon menyeru untuk menggunakan teknologi garisan gol di Scotland dan berkata: “Ia memang melepasi garisan.
“Saya tahu kami bersetuju dengan rakaman pengadil. Jika pengadil keempat kembali melihat rakaman tersebut, dia akan memberitahu Steven: ‘Ia gol’.
“McLean berkata dia tidak menyaksikannya dengan jelas dan pengadil garisan tidak melihatnya.
“Ini perlawanan besar. Disiarkan secara langsung di TV dan kadang kala menerima ejekan.”. – AFP