Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hibur masyarakat Athens melalui konsert trak

    ATHENS – Larangan untuk mengadakan konsert di tengah-tengah penutupan di Greece berikutan COVID-19 tidak memisahkan penyanyi Alkistis Protopsalti dan kumpulannya dari peminat mereka.

    Vokalis kumpulan ini merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dalam empat dekad terakhir di Greece, menaiki belakang trak dan memberikan persembahan yang belum pernah terjadi sebelumnya di seluruh pusat Athens pada hari Sabtu lalu, menyebarkan kegembiraan dan harapan selama tiga jam setengah.

    Orang ramai bersorak dari tepi jalan dan bertepuk tangan dari balkoni mereka. Pesakit melambai-lambai di belakang tingkap hospital dan ahli perubatan keluar di halaman untuk menyanyi bersama artis.

    Konsert ‘perjalanan’ dianjurkan oleh Kota Athens, di mana di sebuah trak yang bertulis “dari jalan dengan cinta” di sepanduk yang tersebar di sisinya, berhenti sebentar di tengah dataran, di hadapan hospital rujukan COVID-19 dan pejabat Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis.

    “Saya rasa anda belum pernah diberikan persembahan seperti itu. Kami bahkan tidak dapat berjabat tangan. Anda luar biasa. Semoga dalam keadaan baik-baik saja. Terima kasih banyak,” kata Mitsotakis, sambil menyapa artis.

    Orang ramai melihat persembahan trak daripada penyanyi Greece Alkistis Protopsalti ( kiri dua, depan) dan kumpulannya dari balkoni mereka di Athens, Greece. – Xinhua

    “Ini datang dari lubuk hati saya dan ini dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Terima kasih banyak kepada datuk bandar kita, terima kasih banyak kepada doktor dan jururawat,” balas Protopsalti.

    “Kami tinggal di rumah, tetapi kami merasa optimis. Hari ini adalah hari yang hebat di Athens, terang dan cerah. Ia dipenuhi dengan muzik dari trak yang penuh dengan lagu-lagu sehingga kami dapat berbahagi sedikit kegembiraan dan rasa optimis,” datuk bandar Athens, Kostas Bakoyannis memberitahu pengamal media.

    Konsert unik itu adalah cara untuk mengucapkan penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan untuk memerangi wabak koronavirus dan untuk meningkatkan semangat orang yang terkurung di rumah selama berminggu-minggu, jelas datuk bandar.

    Inisiatif ini memikat penduduk tempatan. Ini sangat positif bagi psikologi kita. Saya selangkah lagi untuk mulai bernyanyi dengannya,” kata Violetta Mitili, seorang penduduk Athens, kepada media ketika Protopsalti membuat persembahan di dataran Kypselis.

    “Ia sesuatu yang sangat baik di tengah kesengsaraan yang kita hadapi sekarang ini,” tambah Sotiris Kouzounas, seorang penduduk lain.

    Eleni Papageorgiou, seorang pakar di makmal perubatan Hospital Sotiria, menyaksikan persembahan berkenaan pada waktu berehat sebentar dari tekanan rutin harian ini.

    “Ini adalah sikap yang sangat baik. Ini bererti kita sentiasa dalam ingatakan mereka,” katanya kepada media.

    “Ia sangat menyentuh hati. Dari pihak kami, kami sangat mengharapkan dorongan seperti ini. Kami memerlukannya,” kata Stamatina, seorang jururawat di Sotiria Hospital. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda