PHOENIX – “Ini bukan makanan Mexico yang sebenar, nenek saya akan menampar kamu dan ‘pembelot’,” beberapa komen yang telah diberikan kepada Jose dan Leticia Gamiz apabila mereka memulakan perniagaan makanan vegan ala-ala Mexico, Mi Vegana Madre, empat tahun yang lalu.
Orang ramai melihat yang melihat mereka melakukan pembaharuan, mengambil serius mengenainya, kata Jose Gamiz. “Kami turut menerima seseorang menulis dalam bahasa Sepanyol di media sosial, menyatakan bahawa mereka berkemungkinan bukan orang Mexico,” jelas Jose kepada media.
Walaupun ada yang membenci, namun prinsip pasangan tersebut yang menggamalkan hidangan bebas daging dan tenusu telah berjaya meningkatkan prestasinya. Perniagaan mereka merupakan sebahagian daripada industri makanan vegan yang semakin berkembang di AS di mana beberapa penduduk Latin telah menguasai dapur dan masakan Mexico berasaskan tumbuhan semakin berakar umbi khususnya di kawasan yang dipenuhi komuniti latin besar.
Las Vegas dan Austin, Texas, masing-masing mempunyai sekurang-kurangnya beberapa buah restoran atau trak makanan secara eksklusif menghidangkan makanan vegan Mexico. Di seluruh California Selatan, terdapat beberapa pilihan makanan vegan, termasuk Vegan Panaderia tradisional. Hidangan vegan Mexico ini semakin berkembang ke wilayah Arizona.
Restoran Mi Vegana Madre berkembang menjadi sebuah restoran di pinggir bandar Glendale Phoenix pada tahun lepas. Iamenawarkan hidangan vegan dicampur dengan taco Al pastor dan nachos serta sos keju berasaskan krim. Restoran lain pula menawarkan masakan vegan Mexico dan Mediterranean dibuka pada bulan Januari serta terletak setengah batu jauhnya. Pada bulan September, lokasi ketiga dibuka di Phoenix, diketuai oleh keluarga Amerika Mexico.


Keren Arguilar dan adik perempuannya, Keyla Aguilar membuka Cuisine Based Cuisine di kawasan hipster, Grand Avenue Phoenix. Ahli keluarga yang lain, termasuk ibu mereka, juga bekerja di situ. Antara menu masakan mereka ialah ikan taco, churros dan soori chorizo (sosej Mexico) – kesemuanya dibuat di rumah. Mereka turut menawarkan hidangan BBQ sandwic berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Kakaknya dan ibu bapa mereka telah menggamalkan makanan sayur selama hampir lima tahun dan itu adalah impian Keren untuk membuka restoran vegan. Ia hanya terjadi secara kebetulan di mana plot kedai itu kosong dan kawan keluarga bersedia untuk menjadi rakan kongsi kewangan.
Walaupun kebanyakan restoran vegan menawarkan beberapa hidangan berasaskan dan berkonsepkan Mexico, keluarga Gamiz dan Aguilar cuba untuk mempelbagaikan jenis resipi yang membesar bersama mereka.
Sejak restoran miliknya dibuka, mereka telah menemui beberapa orang pelanggan berbahasa Latin mengunjungi restoran mereka untuk membeli makanan. Jose Gamiz teringat apabila dia dan isterinya dianggap seperti ayah dan anak perempuan, kedua-duanya dari Mexico, pelanggan yang kerap ke restoran itu kerana mereka juga vegan.
“Saya mula melakukannya untuk kesihatan dan tidak ada sesiapa pun dari keluarga saya mengikut jejak kecuali anak perempua saya,” kata Gamiz. “Lazimnya lelaki adalah yang bertahan kuat untuk kekal vegan malah saya fikir ia adalah salah bila menganggap anda perlukan daging untuk menjadi seorang lelaki hebat,” jelasnya. – AP