Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidangan ikan mentah punca kanser di Thailand

    KALASIN, Thailand – Apabila beliau berada di sekolah perubatan, Narong Khuntikeo kini telah menemui penyebab atau punca kanser hati yang telah meragut kedua-dua ibu bapanya: makanan tengah hari mereka.

    Seperti berjuta-juta warga Thailand di timur laut luar bandar, keluarga beliau secara kerap memakan ‘koi pla’ – satu hidangan tempatan yang diperbuat daripada bahan ikan yang masih mentah, kemudian dicampur dengan rempah dan limau nipis. Hidangan masam pedas ini adalah suatu hidangan yang cepat, murah dan enak. Ikan juga merupakan tempat kegemaran bagi parasit-parasit yang juga telah menyebabkan kanser hati yang telah meragut sehingga 20,000 warga Thailand setiap tahun.

    Berada di timur laut negara itu, ianya merupakan sebuah kawasan yang luas dan miskin yang dikenali sebagai Isaan, yang telah menikmati hidangan ‘koi pla’ selama bergenerasi dan kini ia sudah mempunyai laporan yang tertinggi bagi Cholangiocarcinoma (CCA) – kanser saluran empedu – di dunia.

    Salah satu punca utama CCA adalah dari sejenis ulat parasit – atau parasit fluk – yang mana berasal dari rantau Mekong dan juga dapat ditemui di kebanyakkan ikan air tawar. Sebaik sahaja dimakan, cacing-cacing ini boleh membenamkan dirinya (hampir tidak boleh dikesan) di dalam saluran hempedu selama bertahun-tahun yang boleh menyebabkan keradangan dari masa ke semasa dan mencetuskan kanser yang agresif, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    “Ia adalah satu beban kesihatan yang sangat besar di sini… ia memberi kesan kepada pembangunan keluarga, pendidikan dan sosioekonomi,” kata Narong, seorang pakar bedah hati yang cuba memerangi penyakit itu

    Seorang pekerja kesihatan mengutip borang pendaftaran daripada para pesakit. – AFP
    Seorang pekerja kesihatan mengutip borang pendaftaran daripada para pesakit. – AFP
    Para sukarelawan yang berada di ruangan ultrabunyi semasa satu acara CASCAP (Program Pengimbasan dan Penjagaan Cholangiocarcinoma) di wilayah Kalasin, timur laut Thailand. – AFP
    Para sukarelawan yang berada di ruangan ultrabunyi semasa satu acara CASCAP (Program Pengimbasan dan Penjagaan Cholangiocarcinoma) di wilayah Kalasin, timur laut Thailand. – AFP

    “Tetapi tiada siapa yang tahu mengenainya kerana ia boleh mematikan seseorang itu secara senyap-senyap, seperti daun yang jatuh dari pokok.”

    Setelah melihat beratus-ratus kes (yang berada di peringkat akhir) di meja operasi, Narong kini membuat pengawasan kepada para saintis, doktor dan antropologi dalam memerangi ‘pembunuh senyap’ ini dari pokoknya.

    Mereka kini berada di seluruh wilayah Isaan untuk membuat imbasan terhadap penduduk-penduduk kampung samada mereka ini mempunyai fluk hati dan memberitahu mereka tentang bahaya hidangan koi pla dan hidangan-hidangan ikan yang lain yang berisiko. Tetapi perubahan makanan asasi di sesebuah kawasan yang sangat menyukai hidangan masam pedas itu bukanlah satu tugasan yang mudah.

    Ramai daripada penduduk kampung terkejut mendengar berita itu di mana hidangan yang mereka gemari itu, yang diminati oleh beberapa generasi, adalah suatu hidangan yang merbahaya berbanding menyelerakan. Ikan-ikan yang didapati juga boleh didapati di kawasan perbatasan sawah mereka dan menikmati hidangan itu untuk berjimat cermat.

    “Saya pernah datang ke sini dan hanya menangkap ikan di dalam kolam tersebut… ia sangat mudah untuk dimakan secara mentah,” kata Boonliang Konghakot, seorang petani dari wilayah Khon Kaen, sambil menjilat bibirnya ketika dia menaburkan perisa ke dalam satu mangkuk yang berisi dengan ikan yang dicincang dengan halus.

    Sejak mempelajari kaitan kanser itu, beliau kini mula menggunakan kaedah menggoreng untuk membunuh parasit tersebut – satu kaedah yang disyorkan oleh doktor. Namun, tidak semua orang menerima cara itu dengan mudah, menurut Narong dan pasukannya.

    Ramai daripada penduduk kampung mengadu bahawa jika ianya dimasak, ia akan memberikan satu rasa yang kurang enak. Manakala ada sebahagian daripada mereka tidak menghiraukan bahaya hidangan tersebut dan menyatakan nasib mereka sudah ditentukan.

    “Mereka akan berkata: ‘Ya, ada banyak cara untuk mati. Namun saya tidak dapat menerima jawapan ini.” kata Narong.

    Seorang pegawai kesihatan mengumpul sampel air kencing. – AFP
    Seorang pegawai kesihatan mengumpul sampel air kencing. – AFP
    Seorang lelaki membuat imbasan ultrabunyi semasa acara CASCAP. – AFP
    Seorang lelaki membuat imbasan ultrabunyi semasa acara CASCAP. – AFP

    Apabila beralih kepada cara peralihan tabiat pemakanan, para pegawai makanan cuba menyuntik harapan mereka pada generasi seterusnya, dengan menumpukan golongan kanak-kanak dengan cara sistem kurikulum sekolah yang baru dengan menggunakan karakter kartun untuk mendidik mereka tentang bahaya makan makanan mentah.

    Bagi orang dewasa pula, sasaran meraka adalah untuk membasmi jangkitan itu sebelum ianya terlambat. Narong dan pasukannya telah mengadakan ujian air kencing untuk mengesan kehadiran parasit tersebut, yang telah menjangkiti sehingga 80 peratus daripada masyarakat Isaan.

    Mereka juga telah menghabiskan masa empat tahun untuk mengangkut mesin ultrabunyi di seluruh rantau ini untuk memeriksa para penduduk kampung yang tinggal jauh dari hospital awam. Inisiatif ini, yang dipanggil CASCAP (Program Pengimbasan dan Penjagaan Cholangiocarcinoma), bermula sebagai satu penyelidikan di Universiti Khon Kaen, namun mendapat sokongan kerajaan pada tahun lepas – meletakkannya sebagai satu agenda kebangsaan di negara itu.

    “Saya tidak pernah membuat pemeriksaan sebelum ini, jadi saya berfikir yang saya boleh memiliki penyakit ini kerana saya telah makan (koi pla) sejak dari kecil lagi,” kata Thanin Wongseeda, 48 tahun, salah seorang daripada 500 penduduk kampung yang berbaris untuk membuat pemeriksaan di wilayah Kalasin.

    Kumpulan ini cuba menandakan beberapa faktor yang berisiko tinggi: mereka yang berusia di atas 40 tahun, mempunyai sejarah dalam memakan hidangan ikan mentah dan juga mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kanser.

    Satu pertiga daripada mereka menunjukkan simptom hati yang tidak normal dan empat daripada mereka disyaki mempunyai kanser.

    Thanin adalah salah seorang yang bernasib baik, yang keluar dari pemeriksaan imbasan ultra bunyi dengan keadaan yang lega.

    “Saya berfikir bahawa saya tidak boleh memakan (koi pla) mentah lagi,” katanya kepada AFP. Bagaimana pula dengan jiran terdekat?

    “Mereka tidak akan berhenti dengan mudah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda