Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidangan sihat ala barat

    KESIHATAN seseorang itu bermula dengan pengambilan makanan yang seimbang. Malah dengan menikmati masakan sihat bukanlah susah.

    Hidangan dalam bentuk panggang atau bakar adalah pilihan untuk anda menik-matinya dengan cara yang sihat.

    Namun setentunya ada yang mengatakan bosan memakan makanan sihat bercirikan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Justeru, apa kata pelbagaikan sajian dengan menghidangkan hidangan sihat ala barat. Selamat Mencuba!

    Mashed Potato Dome

    Bahan-bahan:

    1 kg tepung

    180 gram gula

    18 gram garam

    49 gram yis

    2 biji kuning telur

    150 gram mentega

    490 gram susu soya

    60 gram kentang putar

    Cara membuat doh:

    Kacau mentega dengan ku-ning telur

    Masukkan gula, garam, yis dan tepung.

    Gaul sebati.

    Kemudian, masukkan susu soya dan kentang putar.

    Uli sehingga menjadi doh.

    Bahan kentang putar:

    100 gram serbuk kentang

    300 ml air panas

    Cara membuat:

    Didihkan air dan masukkan serbuk kentang. Gaul hingga sebati.

    Bahan: Kentang Putar Bawang Putih

    500 gram kentang putar

    30 gram bawang putih

    10 gram minyak zaitun

    3 gram garam

    Cara penyediaan:

    Ambil sebiji doh, masukkan kentang putar dan kentang putar bawang putih ke dalamnya.

    Bakar sehingga berwarna keperang-perangan pada suhu 220°C selama 10 minit.

    Gnoochi Kentang

    Bahan-bahan:

    1 cawan kentang yang digoreng nipis

    2.5 cawan air panas

    50 gram tepung naik sendiri

    2 biji telur ayam

    30 gram keju parmesan

    Garam secukup rasa

    Cara membuat Gnoochi:

    Campurkan kentang bersama air panas untuk dijadikan doh.

    Masukkan semua bahan kecuali tepung naik sendiri.

    Bentukkan menjadi doh-doh kecil.

    Lapiskan doh dengan tepung naik sendiri.

    Rebus adunan dan simpan di dalam peti sejuk.

    Bahan sos:

    2.5 cawan sos tomato

    30 gram bawang putih yang dicincang

    20 gram basil

    30 gram parsli

    120 gram udang

    150 ml minyak zaitun

    Cara membuat sos:

    Tumus bawang putih dengan minyak zaitun sehingga naik bau.

    Selepas itu, masukkan udang.

    Masukkan parsli, sos tomato, basil dan garam.

    Akhir sekali, masukkan gnocchi dan gaul sebati.

    Gnoochi kentang sedia untuk dihidangkan.

    Risotto Cendawan Liar

    Bahan sos cendawan:

    1 biji bawang besar yang dicincang

    8 ulas bawang putih yang dicencang

    10 gram daun thyme

    150 gram cendawan butang

    50 gram sos tiram

    50 gram cendawan shimeji

    40 gram keju boursin

    4 helai kulit wonton

    1 biji telur ayam

    4 biji tomato ceri

    400 ml krim

    Cara membuat:

    Tumis bawang merah dan bawang putih

    Kemudian, masukkan daun thyme, cendawan butang dan sos tiram cendawan. Biarkan ia seketika.

    Selepas itu masukkan semua bahan dan akhir sekali masukkan krim. Kacau selama 15 minit.

    Bahan Risotto:

    200 gram risotto

    1 biji bawang besar

    20 gram keju parmesan yang diparut

    Cara membuat:

    Tumis bawang besar dan masukkan risotto.

    Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga risotto separuh masak.

    Masukkan risotto ke dalam bekas bersama sos cendawan dan biarkan masak.

    Cara penyediaan:

    Letakkan risotto di atas pinggan dengan parutan keju parmesan dan ia sedia untuk dinikmati.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda