SEBUAH restoran di bandar Itali, Castelfranco Veneto, telah menghasilkan sesuatu yang baharu untuk bersaing dengan restoran-restoran lain di sana iaitu dengan menghidangkan para tetamunya dengan hidangan unik yang dipanggil ‘udara goreng.’
Nicola Dinato, ketua cef di Restoran Feva ingin cuba membawa pelanggannya untuk merasai esens ‘outdoors’ dan merasai kesegaran udara melalui hidangan yang dipanggil sebagai ‘aria fritta’ atau ‘udara goreng.’ Nama itu seakan-akan memperdayakan apabila ianya dibawa keluar. Ia sebenarnya merupakan hidangan yang diperbuat daripada kulit ubi kayu yang mula-mulanya dipanggang dan kemudian digoreng. Walau bagaimanapun, terdapatnya udara memasukinya semasa proses pemasakan itu, ataupun sekurang-kurang komponennya iaitu ozon. Selepas kulit ubi kayu itu dibakar dan digoreng, ia kemudiannya direndam bersama ozon selema 10 minit, yang memberikan aroma yang memikat. Selepas proses perendaman khas itu dilakukan, udara goreng yang rangup itu kemudiannya diletakkan di atas himpunan gula-gula kapas, yang mana terbentuk seakan-akan awan di dalam hidangan.
Hidangan udara goreng ini telah menjadi tajuk-tajuk utama dalam talian selama lebih dari sebulan. Ini kerana Restoran Feva telah menawarkan AS$30 bagi setiap hidangan tersebut. Walau bagaimanapun, menurut salah seorang pekerja di restoran tersebut yang mana telah mengulas mengenai hidangan ini, memberitahu bahawa hidangan udara goreng ini sebenarnya ditawarkan secara percuma kepada semua tetamu ataupun pelanggan, sebagai satu alu-aluan selamat datang. Dia juga memanggilnya sebagai ‘provokasi kepada keriangan.’
“Saya selalu menghidangkannya sebagai juadah pembuka mulut agar para pelanggan saya mesti mencubanya dan merasai sendiri dengan rasa sebenarnya,” kata cef Dinato kepada Tribuna di Treviso. – Agensi

