Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidayah bertunang ada plot twist

    Susulan tular foto gambar bersama seorang lelaki di atas pelamin, ramai menyangka balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah sudah menjadi tunangan orang.

    Bagaimanapun, lelaki di atas pelamin tersebut rupa-rupanya adalah anak saudara kepada Hidayah, kongsi mStar.

    Identiti lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fizrail itu disahkan sendiri oleh Hidayah ketika membalas komen seorang pengguna warganet.

    “Haha betul anak saudara lebih tinggi dari mak saudaranya, saja nak tunjuk anak saudara tinggi,” tulisnya.

    Sebelum ini perkongsian tersebut seakan-akan memberi bayangan Hidayah kini berstatus tunangan orang sehingga ramai mengucapkan tahniah kepadanya.

    Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya di media sosial juga tidak menyangka terdapat plot twist mengenai perkara berkenaan.

    “Lah anak saudara ke? Saya ingat tunang sebab dah kecoh kat portal-portal kata Hidayah dah bertunang. Ingat dah nak menikah tak lama lagi. Rupanya anak saudara Hidayah.

    “Ingat Hidayah nak bernikah, baru nak ucap tahniah,” tulis warganet di ruangan komen. – Agensi

    Hidayah dedah lelaki dalam foto rupanya anak saudaranya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda