Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidrogen, penyumbang besar ekonomi Sarawak

    KUCHING, 17 MEI – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berbangga dengan pencapaian Sarawak yang kini berada di barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Asia Tenggara.

    Beliau  berkata ekonomi hidrogen ini akan menjadi penyumbang besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak dan mengurangkan kebergantungan kepada industri tradisional. 

    “Kita akan mencipta sumber pendapatan baharu untuk mengurangkan penggantungan terhadap sumber asli dan bahan api fosil yang semakin berkurangan,” katanya semasa berucap merasmikan sesi pembukaan persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

    Beliau turut memuji kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memperkenalkan inisiatif yang berpandangan jauh itu untuk mengubah ekonomi negeri Sarawak.

    “Saya gembira Sarawak bekerjasama dengan sektor swasta dan kerajaan asing untuk memanfaatkan potensi pasaran karbon.

    “Aliran hasil baharu daripada sumber hutan akan dijana untuk projek perdagangan karbon,” tambahnya. – Bernama

    Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud memeriksa kawalan kehormatan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak pada Istiadat Pembukaan Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 di PetraJaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda