Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Hidup ada arah mendekati ajaran Islam – Jasmine

    Pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, enggan memperbesar-besarkan dirinya mendekati ajaran Islam, biarpun kini sedang mengikuti kelas agama bersama tahfiz.

    Sebelum ini, kehadiran Jasmine di Majlis Ilmu Hijrah Cinta anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa mencuri perhatian, bagaimanapun memohon ruang untuknya mendalami dan mempelajari ilmu itu sendiri.

    “Ya, saya ada menghadiri kelas bersama tahfiz. Malah, saya juga ada mengikuti sesi bersama Neelofa menerusi aplikasi Zoom.

    “Jujurnya, ia adalah satu perjalanan indah. Menerusi kelas ini, saya dapat belajar secara berperingkat.

    “Saya amat menyukainya kerana ia menjadi pegangan hidup. Seperti dilihat, perubahan dalam industri seni berlaku dalam masa sangat cepat.

    Jasmine enggan mengulas lanjut kerana mendekati agama Islam dianggap soal terlalu peribadi. – Agensi

    “Kita boleh berada di atas, begitu juga sebaliknya. Jadi, memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup iaitu agama, saya rasa lebih selamat dan stabil apabila mendekati agama Islam.

    “Saya rasa seperti ada arah. Saya bersyukur memiliki rakan-rakan yang tidak pernah menghakimi dan dalam masa sama, mengajar saya,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Jasmine berkata, dia enggan mengulas lanjut kerana mendekati agama Islam dianggap soal terlalu peribadi.

    “Kalau boleh saya tak nak orang asyik bertanya. Biarlah saya belajar secara perlahan-lahan.

    “Saya sayangkan sesebuah agama, jadi saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan.

    “Saya tidak menafikan ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan. Pada awalnya, saya sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya pula berlaku,” katanya.

    Jasmine ditemui di Festival Filem Malaysia Ke- 32 (FFM32) yang berlangsung di Encore Melaka, minggu lalu.

    Membolosi senarai calon akhir kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi filem Paskal itu turut dicuit mengenai gosip bersama seorang penyanyi.

    Namun, Jasmine memilih untuk terus fokus kepada urusan lebih penting dalam hidup dan enggan terlalu me-mikirkan mengenai gosip yang hangat diperkatakan laman sosial itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...