Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Hidup Haqiem Rusli berubah selepas berkahwin

    Penyanyi Haqiem Rusli mengakui seronok melalui kehidupan sebagai suami kepada Anis Sofea dan bersyukur dikurniakan seorang isteri yang memahami.

    Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 24, berkata kehidupan dan aktiviti hariannya berubah selepas bergelar suami.

    “Dia sangat memahami apa sahaja yang saya nak luah, contohnya kalau saya balik kerja dan ada masalah saya akan luah dan dia mendengar.

    “Sofea juga banyak membantu saya untuk menjadi manusia lebih baik.

    “Tipulah kalau tiada saat sukar tapi kami dapat tempuhi sama-sama,” katanya ketika ditemui media.

    Dalam pada itu Haqiem juga tidak menolak rezeki dikurniakan rezeki cahaya mata jika sudah sampai masanya.

    Haqiem memasuki alam rumah tangga pada November tahun lalu. – Agensi

    Haqiem Rusli mendirikan rumah tangga bersama Anis Sofea pada 19 November 2021. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...