Thursday, March 6, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidup tak bebas macam dulu – Linda Onn

    Penyampai radio, Linda Onn melihat budaya merakam setiap situasi dan dimuat naik ke media sosial boleh memberi kesan besar bukan sahaja kepada individu tetapi masyarakat.

    Menurut Linda atau Rozlindah Onn, 47, kehidupan kini tidak lagi bebas seperti dahulu kerana setiap gerak-geri seseorang itu sentiasa dalam perhatian orang ramai.

    “Sikit-sikit nak rakam, lepas itu post. Implikasinya kepada orang yang menonton. Adakah mereka dapat terima apa yang mereka tonton?

    “Kepada tangan yang memegang telefon atau kamera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia.

    “Hidup ini tak bebas macam dulu dik,” katanya.

    Linda berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di InstaStory miliknya kelmarin.

    Dalam pada itu, Linda berkata dalam era teknologi serba canggih hari ini, setiap tindakan atau gurauan perlu dibuat dengan lebih berhati-hati.

    Ini kerana kata Linda, situasi sekarang tidak sama dengan zaman dahulu apatah lagi kamera adalah benda paling mudah diakses.

    “Sekarang ini zaman bahaya, tak macam dulu. Dulu (kalau) nak bergurau ke, (atau) nak buat apa pun, tiada kamera merata nak rakam dan tiada media sosial yang nak ditayangkan.”

    “Sekarang nak bercakap, bergurau, bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak? Sebab kamera senang diakses sekarang.

    “Kamera melekat dekat telefon. Dulu nak rakam apa-apa kena bawa kamera itu sendiri,” ujarnya. – Agensi

    Linda kupas isu budaya merakam dan menular video sesuka hati. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda