Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa telah menciptakan alam semesta ini dengan cukup sempurna, khasnya untuk keperluan hidup makhlukNya di bumi yang indah ini dan juga untuk manusia membina masa depan yang kekal abadi di akhirat.
Dengan peredaran serta pusingan bumi dan bulan, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, 12 bulan yang mengandungi kemuliaan dan kelebihannya yang tersendiri. Perlu diketahui, bahawa bulan-bulan yang dihormati itu ialah Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh Khatib dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Menghidupkan 10 Hari Pertama Di Bulan Zulhijjah’, hari ini.

Ikuti berita lanjutan dalam Media Permata keluaran Sabtu.

