Oleh Azlan Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bagi kebanyakan orang, perjumpaan-perjumpaan keluarga lebih bermakna semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya kali ini dipenuhi dengan gelak ketawa apabila adik-beradik dan ahli keluarga berkumpul untuk meraikannya.
Bagi seorang pesara, Awang Hamdani bin Haji Abdul Hamid, walau sesibuk mana pun kita, bergaul dengan sanak saudara dan bergambar ramai adalah satu kemestian bersama ahli keluarga yang memakai pakaian berwarna-warni ketika majlis perjumpaan di kediaman kakaknya di Skim Perumahan Negara Lambak Kanan.
“Selepas tiga tahun pandemik, kami gembira dapat bertemu. Bukan mudah untuk mengumpulkan keluarga besar dan berharap ini akan menjadi tradisi yang akan diikuti oleh anak-anak saya dan generasi akan datang,” katanya.