Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidupkan malam Nisfu Syaaban

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Bersempena dengan Nisfu Syaaban bagi tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Khas.

    Majlis tersebut akan diadakan esok di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan di Masjid Hassanal Bolkiah, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, jam 6 petang.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama memperolehi ganjaran pahala dan keberkahan dari Allah SWT di samping mengimarahkan masjid, surah dan balai ibadat.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda