Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidupkan Ramadan dengan majlis tahlil, iftar

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 9 APRIL – Seramai 25 ahli kumpulan yang sebelum ini menetap di kawasan Perumahan Shell di Lorong Seria (Anak-Anak Bekas Tinggal Rumah Shell Lorong Seria) telah mengadakan majlis tahlil dan iftar tahunan ketiga mereka baru-baru ini.

    Bertempat di salah sebuah kediaman ahli di Kampung Sungai Tali, Lumut, majlis tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan mereka yang pernah menetap di kawasan Perumahan Shell Lorong 2, 3, 4 dan 5, tetapi juga untuk memberikan penghormatan dan mengingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

    Selain itu, kumpulan tersebut juga mengambil kesempatan untuk memeriahkan Ramadan dengan berbuka puasa bersama-sama.

    Gambar ramai ahli kumpulan yang menghadiri majlis berkenaan baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda