HAMA, SYRIA – Di tebing sungai di Hama, Syria, Mohammed Sultan menjalankan kerja-kerja pateri pada sebuah kincir air besar, salah satu daripada sejumlah kecil kincir air yang sedang dipulihkan oleh tukang pateri di tempat bersejarah bandar lama itu.
Digunakan berabad-abad lamanya untuk membawa air ke kebun-kebun dan bangunan di pesisir Sungai Orontes, kincir air atau ‘norias’ Hama dipercayai amat unik di seluruh dunia, menurut UNESCO.
Tempat pelancongan bersejarah itu sebahagian besar tidak dimusnahkan oleh perang sembilan tahun di Syria, namun sesetengahnya telah menjadi kopak-kapik atau melihat sebahagian daripada kayu mereka dicuri atau pun terbakar.
“Menjadi tanggungjawab kami untuk memulihkannya,” kata lelaki berusia 52 tahun itu, peluh membasahi dahinya selepas mengetuk sekeping kayu untuk dijadikan rasuk yang dipotong.
Orang yang lalu berhampiran tempat bergambar di kaki kincir kayu yang besar yang sedang dipasang oleh beliau, yang terbesar dan paling tua di bandar, dikenali sebagai Mohammadia.

Dengan diameter 22 meter, kincir itu naik menjulang dari paras air dan dipercayai wujud sejak abad ke-14.
“Norias adalah semangat Hama,” beritahu Sultan kepada AFP, tatkala kanak-kanak berenang dan bermain di sungai Orontes.
“Tanpa mereka, bandar akan menjadi lengang dan membosankan.”
Memanjat naik dan turun tangga batu menuju ke tengah kincir, Sultan mengganti beberapa kayu di sepanjang salah satu jejari kincir besar tersebut.
“Apabila saya bekerja dengan rakan sekerja saya untuk membaiki norias, saya rasa seolah-olah saya mengembalikan sesuatu kepada bandar saya,” kata tukang pateri itu, yang mempunyai pengalaman 22 tahun dalam bidang unik itu.
“Saya akan lupa betapa letihnya sebaik sahaja melihat kincir mula berpusing sekali lagi.”
Bandar Hama, terletak di utara ibu negara Damsyik, kebanyakannya tidak terjejas akibat peperangan, walaupun pertempuran ada kalanya meletus di kawasan desa berhampiran.
Di kawasan lain di wilayah Hama, 10 daripada 25 norias rantau dalam beberapa tahun ini telah menghentikan putaran perlahan mereka di atas permukaan air.
Kincir air dipercayai berasal dalam era pertengahan Arab, namun sekeping mozek bertarikh 469SM diramalkan mungkin telah wujud lebih awal sebelum itu, kata UNESCO.
Dicantum bersama oleh pelbagai kayu walnut, pain, poplar dan oak, mereka pernah satu ketika dahulu membawa kotak kayu kecil yang mencedok air setiap kali mereka menjunam ke dalam sungai.
Kincir itu mendapat air dari sungai Orontes untuk menyaliri ladang atau kebun berhampiran, serta membekal air ke masjid, tempat mandi awam dan rumah yang terletak di tebingnya.
Walaupun tidak digunakan hari ini, kincir tersebut masih menjadi kebanggaan bandar, menarik ramai pelancong sebelum peperangan dan dipaparkan pada wang kertas Syria.
“Kami masih memberikan keutamaan kepada usaha pemulihan relik bersejarah berkenaan memandangkan nilai simbolik mereka,” kata datuk bandar Hama Adnan Tayyar.
“Adalah mustahil untuk melawat Hama tanpa singgah di sebelah norias,” ambah beliau.
Ahd Saba al-Arab, ketua pihak berkuasa noria Hama, berkata beliau berharap pelawat akan mengerumuni semula bandar itu tidak lama lagi.
Namun kerja-kerja menyelenggara kincir air sudah menjadi semakin sukar, menurut beliau.
Ia disebabkan kayu yang betul menjadi semakin mahal dan kurang bekalan, dan sekarang ‘tukang dengan kemahiran kincir sudah semakin berkurangan.’
Jumlah tukang yang mahir telah berkurangan daripada 35 kepada sembilan, selepas ramai yang sudah meninggal dunia atau berpindah semasa konflik.
Ismail, seorang lagi pakar terakhir yang masih hidup, berkata beliau berasa bangga dapat meneruskan tradisi ‘yang segala-galanya dilakukan dengan tangan.’
“Norias membentuk tulang belakang bandar,” kata lelaki berkaca mata dalam umur 50an.
Namun, bergerak tangkas dari satu bahagian Mohammadia ke bahagian lain, beliau bimbang mengenai generasi akan datang yang kurang berminat dalam profesion itu.
“Seni pertukangan kami diturun dari bapa kepada anak, namun hari ini kami tidak dapat lagi mewarisinya kepada anak-anak kami,” kata beliau. – AFP