Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hidupkan Suasana BEST atasi gejala buli

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Gejala buli boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di institusi pendidikan, tempat kerja atau di tempat awam dan ia perlu dibanteras.

    Untuk mengatasi gejala buli, dalam Islam memberikan panduan agar seseorang itu mempunyai beberapa sikap yang perlu ada antaranya dengan menghidupkan suasana Bantu, Empati, Sayangi, Tanggungjawab (BEST).

    Perkara itu disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan, Haji Sammali bin Haji Adam dalam tazkirah bertajuk Hidupkan Suasana BEST semasa program Malam Munajat secara dalam talian dari Masjid Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong, malam tadi.

    Beliau turut menyentuh mengenai empat sikap BEST, yang jika diamalkan kehidupan dalam sesebuah institusi atau masyarakat akan lebih bermakna dan harmoni.

    “Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hamba-hambanya agar hidup saling membantu, saling menyayangi dan mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kesusahan orang lain serta memikul tanggungjawab yang sewajarnya,” ujarnya.

    Munajat kali ke-113 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman yang juga memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

    Acara juga dimeriahkan oleh ahli-ahli takmir dan para belia serta jemaah dari 81 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga KHEU dan Kementerian Pendidikan berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama turut menyertai program Malam Munajat ke-113 yang dianjurkan secara dalam talian berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KHEU

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...