Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hijrah diri dekat pada Allah

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan majlis ceramah khas yang berlangsung di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan, Jalan Pembangunan, Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; pemangku ketua pengarah kerja raya, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Pada majlis itu, ceramah khas bertajuk ‘Hijrah Ku’ disampaikan oleh Pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Ceramah antara lain menyentuh mengenai Sambutan Ilal Hijrah sebagai memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW demi menyelamatkan akidah umat Islam pada ketika itu.

    Turut ditekankan adalah pentingnya untuk memahami dari segi konsep dan falsafah peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang mana bagi umat Islam pada masa ini, hijrah ke arah kebaikan itu adalah penting untuk dibuat secara berterusan terutama dalam memanfaatkan baki umur yang Allah kurniakan bagi lebih berusaha melakukan hijrah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menghadiri majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Awang Mohammad Nasyith semasa menyampaikan ceramah khas bertajuk ‘Hijrah Ku’. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda