Thursday, May 15, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hikmah dan makna korban

    IBADAH korban merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Allah SWT juga dikenali sebagai sunat muakkad. Dari segi istilah korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada setiap 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

    Binatang korban ialah seperti kambing biri-biri, kambing biasa, unta, lembu atau kerbau. Binatang-binatang ini hendaklah menepati ciri-ciri sah korban iaitu tidak cacat, tidak sakit dan tidak kurus. Ibadah korban juga merupakan amalan yang disukai oleh Rasulullah s.a.w dan baginda juga menggalakkan sahabat-sahabat baginda yang berkemampuan untuk menjalankan ibadah korban.

    Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Ibadah korban terbahagi kepada dua iaitu korban nazar dan korban sunat. Mengikut hukum syarak, daging korban nazar wajib disedekahkan keseluruhannya manakala korban sunat pula daging korban tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga dihadiahkan kepada orang yang berkorban.

    Ibadah korban ini sangat dituntut kepada umat Islam kerana fadilat dan hikmah yang terkandung di dalamnya. Hikmah korban yang utama ialah sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya. Peristiwa tersebut merupakan antara salah satu peristiwa yang memperlihatkan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah SWT apabila diwahyukan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

    Peristiwa itu berlaku apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah SWT menyuruh beliau Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Walaupun masyarakat menganggap beliau sudah hilang akal, Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya. Nabi Ismail dibawa ke tempat untuk disembelih dan Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah dengan memancungkan pedang ke leher anaknya, maka terperciklah darah ke badan Nabi Ibrahim.

    Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim apabila melihat yang disembelihnya itu bukan anaknya tetapi seekor haiwan iaitu kibas. Hal ini jelas menunjukkan akan keperibadian Nabi Ibrahim yang taat akan perintah Allah dan seharusnya menjadi ikutan umat Islam. Ibadah korban juga dapat memupuk sikap prihatin dan peduli akan sesama saudara Islam khususnya kepada golongan yang tidak berkemampuan. Daging korban diberikan kepada golongan-golongan ini. Sikap ambil peduli ini menggalakkan umat Islam memupuk rasa persaudaraan dan keprihatinan dalam diri. Sikap prihatin membentuk seseorang itu menjadi seorang yang sentiasa mengambil peduli akan kekurangan dan masalah dalam komunitinya.

    Oleh itu, ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan dan mengagihkan kepada golongan yang memerlukan, tetapi memberi mesej kepada umat Islam dalam konteks keprihatinan. Ibadah korban juga adalah penebus dosa akan kesalahan yang dilakukan sepanjang hayat. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap satu kebaikan yang dilakukan oleh umat Islam membawa hikmah kepada dirinya sendiri. Semasa ibadah korban dijalankan, seseorang itu semestinya meletakkan fokus hanya kerana Allah tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.

    Oleh itu, hati yang bersih membawa kepada keperibadian yang lebih baik dalam kehidupan. Keperibadian yang suci memberi pelbagai kesan positif terutama kepada diri sendiri dan melahirkan masyarakat harmoni dan diredai Allah.

    Menjalankan ibadah korban mampu melahirkan tanda rasa syukur umat Islam sebagai hamba Allah. Setiap manusia diberikan rezeki yang pelbagai, ada di antaranya mendapat rezeki yang melimpah dari sudut harta, pangkat, anak, rupa paras dan pelbagai lagi.

    Namun begitu, umat Islam terutamanya perlu mensyukuri setiap pemberian Allah SWT dan cara untuk menzahirkan syukur adalah dengan menjalankan ibadah korban. Hikmah apabila umat Islam membelanjakan harta atau rezeki yang diperolehi ke jalan Allah, sudah pasti mendapat tempat yang mulia di sisiNya. Oleh itu, semoga dengan memperingati Aidiladha, umat Islam terutamanya dapat menjadi contoh terbaik kepada setiap umat manusia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/