Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hilang di Fuji

    TOKYO, 30 OKT – Para penyelamat mencari seorang lelaki yang kelihatannya telah terjatuh di Gunung Fuji ketika dia membuat penstriman langsung pendakiannya ke puncak tertinggi negara itu, kata polis hari ini.

    Lelaki yang namanya tidak diumumkan, sedang melakukan siaran langsung dari puncak Gunung Fuji yang diliputi salji pada petang Isnin apabila dia kelihatannya tergelincir dan terjatuh.

    Dia dilihat tergolek dan terjatuh beberapa saat sebelum siaran itu terputus dan media tempatan berkata penonton yang menyaksikan siaran online tersebut telah memaklumkan pihak berkuasa mengenai kemalangan tersebut.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda