Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hilangkan ego dan ikuti undang-undang

    Baru-baru ini saya ada menemankan ibu saya pergi ke Hospital RIPAS untuk perjanjian doktor selepas pembedahan mata. Ketika itu kami terpaksa menunggu klinik untuk buka dan menanti di kerusi yang disediakan.

    Tiba-tiba ada seseorang duduk bersebelahan dengan saya. Sedangkan kerusi berkenaan sudah ditanda bagi penjarakan sosial. Kenapa masih tidak memahami prosedur yang diarahkan?

    Saya pun bersuara untuk menegur dengan sebaik bahasa dan cara. Namun beliau marah-marah kepada saya dan malah tidak mempercayai teguran saya. Bagaimana mahu menegur orang seperti beliau? Kalau ada 10 orang lagi seperti beliau setentunya kita tidak dapat membendung penularan virus.

    Negara kita masih di bawah ancaman virus meskipun tiada jangkitan baharu dicatatkan. Justeru, hilangkan ego anda, jangan pentingkan diri sendiri dan ikutilah serta janganlah mempersoalkan arahan dan undang-undang dari pihak kerajaan.

    Penegur

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda