Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hilary Duff kembali ke dunia muzik selepas 10 tahun

    Bintang pop dan pelakon Amerika Syarikat, Hilary Duff mengumumkan kemunculan semula dalam dunia muzik selepas sedekad, sekali gus menandakan era baharu dalam kerjayanya.

    Menurut laporan People, Duff, 37, menandatangani kontrak bersama Atlantic Records dan bakal tampil dengan sebuah siri dokumentari berjudul Because That’s What Dreams Are Made Of yang diarahkan serta diterbitkan Sam Wrench.

    Menurut kenyataan media, projek itu akan mendokumentasikan perjalanan peribadi dan profesional Duff dalam menghasilkan muzik baharu selepas kali terakhir melancarkan album Breathe In. Breathe Out. pada 2015.

    Siri dokumentari berkenaan akan memaparkan pengalaman suka duka Duff sambil mengimbangi kehidupan sebagai ibu, sesi rakaman, persiapan konsert serta detik kembalinya ke pentas selepas lebih 10 tahun. Ia turut memuatkan temu bual, persembahan serta rakaman peribadi.

    Dalam hantaran di Instagram, penyanyi Sparks itu memberi bayangan mengenai muzik terbaharu dengan kapsyen ringkas new music or something.

    Pengumuman itu mencetuskan reaksi positif daripada peminat. Dua hari selepas pendedahan tersebut, carian nama Duff di Spotify meningkat 400 peratus, manakala penstriman katalognya melonjak hampir 80 peratus di AS, kebanyakannya daripada pendengar generasi milenial.

    Duff sebelum ini turut meraikan ulang tahun ke-22 album Metamorphosis pada Ogos lalu serta memperingati 10 tahun album terakhirnya pada Jun, sekali gus memberi isyarat awal mengenai kemunculan semula dalam arena muzik. – Agensi

    Hillary Duff menandatangani kontrak bersama Atlantic Records dan bakal tampil dengan sebuah siri dokumentari yang diarahkan serta diterbitkan Sam Wrench. – Billboard
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda