WASHINGTON, 29 APRIL – Bekas calon presiden Parti Demokrat Hillary Clinton semalam menyua-rakan sokongannya kepada Joe Biden, calon parti itu yang akan bertanding merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.
“Ini adalah saat kita perlukan pemimpin, presiden seperti Joe Biden,” kata Clinton.
“Saya ingin suarakan sokongan terhadap calon presiden kita,” kata Clinton yang pernah menjadi setiausaha negara AS. Beliau menyifatkan Biden sebagai ‘kawan’ dan tokoh yang telah ‘bersiap sedia untuk mengharungi keadaan sekarang.’
Biden mengucapkan terima kasih atas ‘sokongan luar biasa’ yang diberikan oleh Clinton.
Sehari sebelum itu, Speaker Dewan Nancy Pelosi turut menyatakan sokongan terhadap Biden. Setakat ini, Biden telah mendapat sokongan secara rasmi daripada bekas Presiden Barack Obama, Bernie Sanders dan Elizabeth Warren serta dua calon presiden parti sebelum ini iaitu John Kerry dan Al Gore. – Bernama