Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Himpunan sesi dialog ketengahkan landskap digital negara

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Sebagai usaha berterusan untuk menjana dialog bermakna dan mengetengahkan inovasi dalam membentuk landskap digital Negara Brunei Darussalam, Persidangan dan Pameran Masa Depan Digital (DFCE) 2025 diteruskan pada hari kedua yang berlangsung di Setia Point, kelmarin.

    DFCE 2025 yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) diadakan bersempena dengan Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2025 di mana ia menghimpunkan suara-suara berpengaruh dalam meneroka bagaimana pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT) memacu transformasi digital di serata sektor.

    Hari kedua DFCE dimulakan dengan menonjolkan teknologi awan menerusi pembentangan oleh Pengarah Serantau bagi Cloud Technology, Oracle, Kou Fuh Tey bertajuk, Securing Data in the Cloud, dan diikuti dengan pembentangan oleh Naib Presiden Digital dan Inovasi, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Andy Boon Ho Lai bertajuk, Agile and Scalable Services through the Cloud, yang mengambil dari perjalanan penerimaan pakai cloud DST.

    Perspektif yang dikongsi menerusi pembentangan berkenaan, menyediakan ruang bagi panel perbincangan bertajuk, Cloud Foundations: Building the Infrastructure for a Digital Future, yang disertai oleh Kou Fuh Tey, Andy Boon dan Ketua Teknikal, Sekuriti dan Tujahan Digital, CISCO dan Ahli Lembaga Penasihat IAPP Asia, Christopher Chew dengan sesi dikendalikan oleh moderator iaitu Pemangku Ketua Pengurusan Program, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), Reuben Chin.

    Acara seterusnya meneroka kepada impak transformatif AI di tempat kerja dan penjagaan kesihatan menerusi pembentangan oleh Pengurus Negara, Microsoft Brunei, Akfash Latibu, bertajuk, Work Reimagined: Harnessing AI Assistants to Empower People, Not Replace Them.

    Antara sesi dialog yang dijalankan sepanjang persidangan tersebut. – GAMBAR SERAHAN AITI
    Kou Fuh Tey menyampaikan pembentangannya bertajuk, Securing Data in the Cloud. – GAMBAR SERAHAN AITI

    Ia diikuti dengan pembentangan bertajuk, The Role of AI in BruHealth 5.0, oleh Ketua Produk Perubatan dan Sains Data, EVYD Technologies, Cai Kangning, secara atas talian dari Singapura serta pembentangan oleh Ketua Pegawai Teknologi, IBM Malaysia, Eddy Liew, bertajuk AI Trends and Use Cases that Powers Transformative Journeys.

    Acara diteruskan dengan pembentangan bertajuk, From Complex Data to Clear Decisions: Leveraging AI for Predictive Insight, oleh Pengasas Bersama NexusAI-PT Aegislabs dan Mindtrex Academy, Pengiran Khairi bin Pengiran Haji Metussin. Beliau seterusnya menyertai panel perbincangan bersama-sama Cai Kangming dan Eddy Lee dengan sesi dikendalikan oleh moderator iaitu Pengasas Bersama dan Pengarah Pertumbuhan dan Inovasi Digital, Tyne Solutions, Dayang Aimi Ramlee.

    Manakala itu, di sebelah petang, acara menumpukan kepada IoT dan infrastruktur pintar dengan sesi dimulakan oleh Andrew Williamson dari Huawei yang membentangkan tajuk, Transforming Nations: Unlocking the Potential of IoT for Smart Cities.

    Ia diikuti dengan pembetangan bertajuk, Securing the Unseen: Cybersecurity Challenges and Strategies for the IoT Era, oleh Jurutera Kanan Privasi dan Sekuriti Siber, Drew & Napier, Albert Pichimaier serta Ketua Pegawai Eksekutif Ixiono Pte Ltd, Raja IRG bertajuk, Unlocking Value Through Smart Infrastructure and AI: A Strategy for Digital Transformation.

    Sesi panel perbincangan seterusnya bertajuk, Innovating with IoT: Strategies for Business Growth and Value Creation, mengetengahkan Albert Pichimaier, Andrew Williamson, Raja IRG dan Ketua Pegawai Eksekutif Poni Group atau Astari, Awang Mohd Tahsin Wong Abdullah dengan sesi dikendalikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Conder Sdn Bhd, Allen Lai.

    Sebagai sebahagian daripada DFCE 2025, turut diadakan siri bengkel untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran digital praktikal di mana setiap sesi dihadiri oleh lebih darpada 50 orang peserta.

    Acara DFCE 2025 berakhir dengan imbasan kembali pandangan utama yang diteroka sepanjang acara selama dua hari berkenaan oleh Penolong Ketua Eksekutif, Pejabat Perlindungan Data dan Kumpulan Antarabanngsa, AITI, Awang Norshahrul Nizam Othman dan diikuti dengan sesi jaringan yang menggalakkan kolaborasi berterusan di kalangan peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda