ISTANBUL, 28 JUN – Beratus-ratus orang berkumpul di mahkamah utama Istanbul hari ini untuk menyokong ahli politik pembangkang yang menghadapi hukuman penjara 17 tahun kerana beberapa siri tweet yang mengkritik kerajaan.
Canan Kaftancioglu, yang mengetuai Parti Republikan Rakyat (CHP) cawangan Istanbul, dituduh ‘menghina’ Presiden Recep Tayyip Erdogan dan kerajaan Turki dalam tweet yang disiar di antara 2012 dan 2017.
Penyokong berkumpul di luar mahkamah melaung ‘Hapus fahaman Fasis’ dan memegang sepanduk berbunyi ‘Kami dahagakan keadilan.’
Tweet Kaftancioglu termasuk satu penghinaan yang disasarkan pada Erdogan, dan kritikan tentang kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun, yang terkena gas pemedih mata ketika bantahan ‘Gezi Park’ pada 2013.
Beliau juga dituduh melancar ‘propaganda pengganas’ kerana memetik seorang anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang telah bertempur menentang pemberontakan ke atas kerajaan sejak 1983.
Penyokong beliau berkata satu lagi tweet, di mana beliau nampaknya menafi pembunuhan Armenia, adalah palsu dan telah diwujudkan untuk memburuk-burukkan reputasinya.
“Perbicaraan ini, semua orang tahu, merupakan perbicaraan politik,” kata seorang peguam untuk CHP di luar mahkamah.
Tidak adanya perkembangan dalam perbicaraan hari ini, dengan kes ditangguhkan sehingga 18 Julai. – AFP
