Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR – “Tengok harga ikan temenung (kembung) ni boleh termenung kita, dah jadi berkira-kira nak membelinya.” Keluhan itu penulis dengar ketika sedang membelek ikan di sebuah gerai di pasar pagi di sini, baru-baru ini. “Dulu ikan inilah paling murah, berbaloi dibeli untuk keluarga anak ramai macam saya ni,” sambung wanita itu

