Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hindari ‘stress’ sebelum peperiksaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Sesi ‘Kurapak Kitani’ Siri Keenam di Auditorium, UNISSA, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Kaunselor Hal Ehwal Pelajar UNISSA, Dayang Norsadiah binti Matarsad.

    Sesi ‘Kurapak Kitani’ yang dipengerusikan oleh Dayang Siti Diyanatul Widad binti Haji Ismat itu telah menjemput penceramah undangan iaitu Pegawai Psikologis dari Bahagian Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Kementerian Kesihatan, Dayang Nur Hazwana binti Haji Mohd Zain, untuk menyampaikan tajuk ‘Stress? Chill Saja Bah’.

    Dayang Nur Hazwana dalam sesi bual bicara tersebut menekankan mengenai punca-punca tekanan seorang pelajar adalah daripada persekitaran, keperibadian dan kesihatan, di samping itu, menurut beliau, secara umumnya, tekanan amat sukar untuk diatasi akan tetapi seseorang itu perlu berusaha mengawalnya dengan cara bersenam dan memakan makanan yang seimbang.

    Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan perbincangan yang bertepatan dengan kondisi mahasiswa dan mahasiswi serta memberi kefahaman tentang isu ‘stress’ khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi yang akan menghadapi peperiksaan.

    Dayang Nur Hazwana ketika menyampaikan ceramahnya.
    Dayang Nur Hazwana ketika menyampaikan ceramahnya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda