Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hindley intai jersi merah muda

    PASSO FEDAIA, ITALI, 29 MEI – Jai Hindley mengorak langkah besar untuk memenangi perlumbaan Giro d’Italia semalam selepas merampas pendahuluan keseluruhan daripada Richard Carapaz dalam kilometer terakhir peringkat kedua terakhir di Dolomites, yang dimenangi oleh pelumba Itali Alessandro Covi.

    Hindley daripada pasukan Bora-Hansgrohe memastikan dia akan memenangi Grand Tour pertamanya selepas pecutan menakjubkan di akhir peringkat ke-20 168 kilometer di kawasan pergunungan yang meninggalkannya satu minit dan 25 saat di depan Carapaz dalam pertarungan merebut jersi merah muda.

    Pelumba berusia 26 tahun itu bertindak di tiga kilometer terakhir pendakian dan meninggalkan Carapaz memerlukan satu keajaiban dalam peringkat final perlumbaan di Verona hari ini.

    “Saya tahu ia akan menjadi peringkat penting dalam perlumbaan. Saya tahu perlumbaan akan berakhir sengit dan awda boleh mencatat perbezaan,” kata pelumba berusia 26 tahun itu.

    “Kami hanya bersabar, menyimpan tenaga kami sehingga hari ini dan awda tahu, sebenarnya ia amat sempurna.

    “Saya akan bermati-matian mempertahankan jersi merah muda ini.”

    Pelumba Australia itu, yang hanya memenangi peringkat sembilan dalam Giro tahun ini, memulakan perlumbaan tiga saat di belakang pemenang 2019 Carapaz dan mengalahkan pelumba Ineos di kejohanan Passo Fedaia.

    Hindley berasa amat gembira dengan jurang masa di antaranya dan Carapaz ketika dia bergelut dalam masa percubaan dan tewas edisi Giro 2020 pada peringkat masa percubaan final. – AFP

    Jai Hindley meraikan kemenangan selepas peringkat ke-20 lumba basikal Giro d’Italia dari Belluno ke Marmolada pada 28 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...