PENYAKIT hiperkolesterolemia atau kolesterol tinggi dalam darah adalah masalah kesihatan yang semakin meningkat. Pada peringkat global, satu pertiga penyakit jantung iskemia dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan secara keseluruhannya paras kolesterol yang tinggi dianggarkan menyebabkan 2.6 juta kematian dan turut mengakibatkan kira-kira 29.7 juta penghidapnya hilang keupayaan diri. Hiperkolesterolemia berlaku apabila terdapat terlalu banyak kolesterol dalam