Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hipkins: NZ perlu dibina semula lebih teguh

    WELLINGTON, 21 FEB – Selepas siklon minggu lalu yang membinasakan, New Zealand perlu membina semula dengan infrastruktur yang lebih teguh bagi menghadapi lebih keadaan cuaca yang lebih kerap dan buruk, kata perdana menterinya hari ini.

    Perdana Menteri Chris Hipkins menerangkan Siklon Gabrielle yang mengakibatkan kerosakan di North Island New Zealand dan meragut 11 nyawa, sebagai bencana alam paling merosakkan di negara itu dalam sekurang-kurangnya satu generasi.

    Siklon itu menyusuli dua lagi taufan lain dua minggu sebelumnya yang membanjiri bandar terbesar Auckland, New Zealand dan membunuh empat orang.

    Menurut Hipkins, terdapat peningkatan sembilan kali ganda dalam perbelanjaan kerajaan bagi tahun fiskal 2021-22 untuk membantu petani menangani banjir, taufan dan kemarau. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda