KUALA LUMPUR – Menelusuri rimba tebal dengan laluan penuh cabaran yang sarat menyimpan seribu satu kisah, bukanlah penghalang buat pempengaruh media sosial Hairul Alias, 46, merungkai sejarah silam dengan menjadikan hutan negara umpama sebuah ‘muzium terbuka’. Menerusi medium digital miliknya, historryadventure, Hairul mendokumentasikan penemuan sejarah secara kreatif dan santai dalam bentuk foto, video dan penulisan

