Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Hisyam gementar bawa watak lelaki autisme

    Dua dekad bergelar pelakon, Hisyam Hamid tidak pernah rasa gementar, namun berbeza bila diberi kepercayaan membawakan watak lelaki autisme menerusi drama Bunga Salju.

    Perasaan gementar timbul kerana dirinya sedar kesilapan membawakan watak Azizi bakal menyebabkan lakonannya dikritik.

    Justeru, pelakon kelahiran Singapura itu melakukan kajian mendalam termasuk berkunjung ke pejabat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

    “Ini kali pertama saya membawakan watak lelaki autisme dan ia satu watak sangat mencabar.

    “Sebelum penggambaran bermula, saya lakukan kajian dengan menonton filem luar negara dan berjumpa dengan lelaki bernama Syafiq yang memiliki personaliti sama seperti Azizi.

    Hisyam bersyukur watak Azizi diterima ramai, malah ramai memuji lakonannya. – mStar

    “Saya perhatikan cara Syafiq bercakap, berjalan dan gerakkan tangannya. Hasil kajian yang dilakukan boleh dilihat dalam drama Bunga Salju,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, Hisyam bersyukur apabila watak Azizi diterima ramai, malah ramai memuji hasil lakonannya.

    “Saya ada baca komen penonton dalam laman sosial, kebanyakannya tidak tahu ada lelaki autisme seperti Azizi.

    “Malah, ada yang komen mahukan lelaki seperti Azizi kerana jujur. Apapun, saya gembira naskhah ini bukan sekadar hiburan, tetapi turut memberi kesedaran ada penghidap autisme yang ‘high functioning’ lebih bijak daripada orang normal,” ujar Hisyam.

    Selain Hisyam, drama terbitan MIG itu turut dibintangi Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Talib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.

    Bunga Salju yang mengisahkan me-ngenai Qaisara terpaksa berkahwin dengan lelaki autisme, Azizi bagi memenuhi permintaan ibu dan teman lelakinya, Farouk demi membolot harta Azizi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...