Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hisyam Hamid buka akaun TikTok?

    Pelakon Hisyam Hamid memberitahu dia bersedia untuk membuka akaun peribadi di aplikasi TikTok selepas dicadangkan oleh peminatnya.

    Mengakui dirinya seorang pemalu, Hisyam, 37, bagaimanapun berkata dia mungkin tidak terlalu mengikut trend semasa di aplikasi tersebut yang memerlukannya menari dengan iringan muzik popular.

    “Mungkin orang lain tak kisah hendak menari di TikTok, tetapi saya seorang yang pemalu.

    Memuat naik video menari sebegitu bukanlah diri saya yang sebenar,” katanya kepada mStar. Sebelum ini, menerusi Instastory Hisyam memuat naik beberapa komen dan permintaan pengikutnya yang mahu dia memulakan perkongsian di laman TikTok.

    Memandangkan aplikasi berkenaan digunakan secara meluas, Hisyam berkata dia tidak menolak untuk mewujudkan akaun peribadi.

    Bagaimanapun dia belum meletakkan sebarang perancangan bentuk kan-dungan yang ingin dikongsikan.

    “Saya belum tahu content bagaimana yang akan dimuat naik nanti. Sebenarnya tidak terfikir untuk ada akaun sendiri, jadi masih tiada perancangan untuk membuat sebarang video di TikTok,” ujarnya. Sementara itu, pelakon drama Kerana Aku Isteri Bidaan ini juga meluahkan perasaan teruja apabila klip video drama lakonannya banyak disunting dan dimuat naik di aplikasi tersebut.

    “Saya melihat banyak video dari drama lakonan saya dimuat naik dengan latar belakang muzik yang mereka sunting sendiri… ramai dalam kalangan peminat yang suka dengan video sebegitu. – Agensi

    Peminat minta Hisyam buka akaun TikTok. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda