Tuesday, October 15, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hisyam Hamid rimas gosip jalin hubungan baharu

    Bergelar duda menyebabkan Hisyam Hamid, 39, lebih berhati-hati dalam tindak-tanduk bagi mengelak gosip.

    Hisyam yang kembali solo selepas rumah tangga dibina hampir 20 tahun, runtuh, mengakui ada kalanya rimas dikaitkan dengan mana-mana wanita.

    Hisyam mempersoalkan apakah dia tidak boleh berkomunikasi atau berkawan rapat dengan mana-mana wanita tanpa dikaitkan menjalin hubungan istimewa.

    “Saya perasan sejak solo macam senang sangat dijadikan bahan cerita. Seolah-olah saya tidak boleh berkawan langsung dengan perempuan. Ada masanya rimas pula.

    “Asal saya berkomunikasi dengan wanita, pasti akan dikaitkan. Jadi, sekarang saya kena berhati-hati setiap kali bercakap dengan mereka.

    Hisyam yang membintangi filem La Luna mengakui selesa dengan kehidupan sekarang apatah lagi tawaran lakonan tidak putus. – mStar

    “Kalau boleh, saya tidak mahu terpalit dengan gosip tidak betul. Lagipun saya belum terfikir lagi untuk kembali berumah tangga.

    “Buat masa ini, saya selesa hidup macam ini. Fokus saya mahu kerja kuat untuk bahagiakan anak-anak dan ibu,” katanya ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Jumaat lalu.

    Mei lalu, pergolakan rumah tangga Hisyam hangat diperkatakan. Namun, ketika itu, Hisyam belum bersedia mengulas status bersama bekas isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel.

    Hisyam yang membintangi filem La Luna mengakui selesa dengan kehidupan sekarang, apatah lagi, tawaran lakonan tidak putus, lapor BH Online.

    Sementara itu, Hisyam yang tercalon dalam kategori Aktor Pembantu Filem Popular, namun, tewas kepada Alif Hadi, tidak tahu menahu dirinya diberi jolokan Duda Hot.

    Malah, dia tidak pernah merasakan diri menjadi kegilaan ramai.

    “Bagi saya, ia kelakar. Namun, saya anggap pujian, mungkin perkara itu ada impak positif,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda