Pelakon Hisyam Hamid, 38, menafikan dakwaan perkahwinannya bersama Rosmawati Hanafi atau Mel sedang bergolak.
Hisyam berkata, dia masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama Mel dan anak-anaknya walaupun keluarganya berjauhan dan menetap di Singapura.
“Setakat ini, Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja. Sudah 10 tahun saya di Malaysia dan Mel faham kerjaya saya.
“Saya sudah berlakon dengan ramai pelakon jauh lebih muda dan ia tidak pernah sekalipun terjadi masalah dalaman hubungan saya dan Mel.
“Kalau cakap ada gosip saya dengan perempuan, setakat ini, tak pernah ada. Jadi, hubungan kami tiada masalah dan saya hanya teruskan kehidupan macam biasa. Kalau siapa yang mengikuti saya pun tahu bagaimana saya sibuk.
“Kadang-kadang nak ada masa untuk diri sendiri pun susah, bila ada masa lapang, saya luangkan bersama keluarga dan anak-anak. Lepas ‘shooting’, nak pergi makan dengan pelakon lain pun jarang.
“Saya balik rumah sahaja nak rehat dan luangkan masa dengan keluarga,” katanya kepada BH Online.
Tambah pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu, dia juga memilih untuk tidak banyak berkongsi perihal peribadinya dalam laman sosial berikutan lebih selesa menggunakan platform itu atas dasar kerja. – Agensi