Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hitachi beli GlobalLogic, perkukuh operasi digital

    TOKYO, 31 MAC – Hitachi Ltd akan membeli syarikat perkhidmatan kejuruteraan digital Amerika Syarikat (AS) GlobalLogic Inc dengan harga AS$9.6 bilion, menurut konglomerat industri, elektronik dan pembinaan Jepun hari ini.

    Hitachi yang berpangkalan di Tokyo berkata pemerolehan syarikat Silicon Valley itu akan memperkukuh operasi digital Hitachi dalam pelbagai perniagaan, termasuk teknologi maklumat, tenaga, industri dan mobiliti. Ia akan mempercepat usaha ke arah ‘transformasi digital’ sistem kereta api, tenaga dan penjagaan kesihatan yang menjadi teras perniagaan Hitachi, katanya.

    GlobalLogic mempunyai lebih 20,000 pekerja di 14 negara, mengendali studio reka bentuk dan pusat kejuruteraan produk perisian, dengan pendapatan dijangka mencecah AS$1.2 bilion untuk tahun fiskal 2021.

    “Bersama kami akan mewujudkan nilai sosial, alam sekitar dan ekonomi baharu untuk syarikat pelanggan kami di seluruh dunia serta mempertingkat kualiti hidup untuk orang menerusi sumbangan untuk mencapai komuniti mampan,” kata Ketua Eksekutif Hitachi Toshiaki Higashihara.

    Saham Hitachi merosot 7.3 peratus dalam perniagaan Tokyo.

    Perjanjian itu dijangka dicapai pada akhir Julai, tertakluk kepada kelulusan badan pengawal selia.

    Pemerolehan GlobalLogic merupakan sebahagian daripada pelan jangka sederhana 2021 Hitachi, yang termasuk komitmen untuk melabur 1 trilion yen untuk memperkukuh keupayaan digital perniagaan syarikat. – AP

    Ketua Eksekutif Hitachi Toshiaki Higashihara bercakap semasa sidang media di Tokyo. Hitachi berkata kelmarin ia akan membeli GlobalLogic Inc dengan harga AS$9.6 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda