Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    HiTune rai kejayaan AKSE Bersatu

    Oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Kumpulan Syarikat HiTune baru-baru ini telah mengadakan malam gala di Tarindak D’Seni untuk meraikan kejayaan kelab bola sepak AKSE Bersatu.

    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir ialah wakil daripada Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Persatuan Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara (PBDBM), ahli Kumpulan Syarikat HiTune dan ahli AKSE Bersatu.

    Pemangku Pengurus Besar Kumpulan Syarikat HiTune, Nurul Izzati Naqibah binti Zaidi, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa malam tersebut dianjurkan untuk menghargai kelab bola sepak AKSE Bersatu yang telah diangkat sebagai juara Liga Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara.

    Sebagai penaja kepada pasukan tersebut, pihak syarikat berbangga dengan kejayaan yang dicapai dan berharap kelab itu akan meneruskan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

    Malam gala tersebut diisi dengan pelbagai persembahan termasuk pertunjukan video yang mempamerkan sejarah kelab bola sepak, diikuti dengan penyampaian anugerah kepada para pemain.

    Kelab bola sepak AKSE Bersatu telah ditubuhkan pada tahun 2012 yang terdiri dari kelab bola sepak AKSE dan kelab bola sepak Setia Bersatu.

    Nurul Izzati Naqibah menyampaikan kata alu-aluan semasa malam gala di Tarindak D’Seni baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...