Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hizbulah serang Haifa, akibatkan kemalangan jiwa

    BEIRUT, 7 OKT – Hizbullah menyerang sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar utara Haifa kelmarin dan menyebabkan kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik kenyataan kumpulan itu.

    “Dalam tindak balas terhadap serangan ke atas orang awam dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Zionis, kami melancarkan serangan peluru berpandu Fadi 1 ke arah pangkalan Carmel di selatan Haifa kelmarin.

    “Kami akan terus bersiap sedia untuk mempertahankan Lubnan dan rakyatnya, dan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan tugasnya bagi menghalang musuh daripada berterusan melakukan pencerobohan,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, tentera Israel memaklumkan bahawa selepas siren berbunyi lewat kelmarin di kawasan Galilee, kira-kira 15 peluru berpandu dikenal pasti melintasi sempadan dari Lubnan.

    Beberapa peluru berpandu berjaya dipintas manakala yang lain jatuh di kawasan berkenaan.

    Beberapa kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan roket di bandar Haifa dan Tiberias, lapor media Israel. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda