Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hizbullah dikecam, gelar raja ‘pengganas’

    RIYADH, 7 JAN – Duta Arab Saudi ke Beirut berkata kelmarin bahawa Hizbullah adalah ancaman kepada keselamatan Arab selepas pemimpin pergerakan Lubnan yang disokong Iran itu menggelar Raja Salman sebagai ‘pengganas’.

    Kedua-dua pihak saling mencela susulan krisis antara Lubnan dan negara-negara Teluk Arab berhubung perang di Yaman dan tuduhan Saudi bahawa Hizbullah campur tangan dalam konflik tersebut.

    “Riyadh berharap parti politik akan memberi keutamaan kepada kepentingan tertinggi Lubnan dan menamatkan hegemoni pengganas Hizbullah ke atas setiap aspek di negara itu,” kata duta besar, Waleed Bukhari dalam satu kenyataan kepada AFP.

    “Aktiviti pengganas Hizbullah dan tingkah laku tentera serantau mengancam keselamatan negara Arab,” tambahnya.

    Kenyataan Bukhari dibuat selepas Hassan Nasrallah, pemimpin gerakan Syiah, menggelar Raja Salman sebagai ‘pengganas’ dan menuduh Arab Saudi mengeksport ekstremisme Islam dalam ucapan yang disiarkan di televisyen awal minggu ini.

    Tuduhan timbul di antara kedua-dua pihak sejak pakatan yang dike-tuai Arab Saudi campur tangan untuk menyokong kerajaan Yaman menentang pemberontak yang disokong Iran pada 2015, konflik yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...