Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hizbullah lancar serangan roket baharu terhadap Israel

    BEIRUT, 27 FEB – Kumpulan pejuang Hizbullah, Lubnan yang disokong Iran berkata ia melancarkan tembakan roket di pangkalan kawalan udara Israel, hari ini sebagai tindak balas terhadap serangan maut Israel di timur Lubnan.

    Hizbullah, sekutu Hamas telah berbalas tembakan hampir setiap hari dengan tentera Israel sejak perang Gaza meletus pada Oktober, tetapi serangan sebahagian besarnya dihadkan di kawasan sempadan.

    Hizbullah berkata ia menyasarkan ‘pangkalan kawalan udara Meron dengan tembakan roket besar daripada beberapa pelancar’.

    Ia berkata tembakan roket itu merupakan tindak balas terhadap serangan pertama Israel dalam peperangan di timur Lubnan.

    Israel menyerang sasaran Hizbullah berhampiran bandar Baalbek, membunuh dua pejuangnya, kata sumber keselamatan.

    Tentera Israel berkata ia menyasarkan pertahanan udara Hizbullah selepas kumpulan itu menjatuhkan salah satu dronnya.

    Sebagai tindakan balas, Hizbullah telah melancarkan 60 roket ke pangkalan Israel di Dataran Tinggi Golan, kelmarin.

    Serangan rentas sempadan sejak Oktober telah membunuh kira-kira 284 orang di pihak Lubnan, kebanyakannya pejuang Hizbullah tetapi juga termasuk 44 orang awam, menurut pengiraan AFP.

    Di pihak Israel, 10 askar dan enam orang awam telah terbunuh, menurut tentera Israel. – AFP

    Gambar fail diambil dari kedudukan Israel di sepanjang sempadan dengan selatan Lubnan menunjukkan roket ditembak dari Lubnan ke Israel pada 26 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda