Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hizbullah lancarkan peluru berpandu ke Tel Aviv

    BEIRUT, 25 SEPT – Hizbullah menyatakan bahawa ia telah melancarkan peluru berpandu balistik ke arah bandar Tel Aviv di Israel hari ini, dengan Israel melancarkan lebih banyak serangan udara ke atas Lubnan setelah tenteranya memintas pelancaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    Ia adalah kali pertama Hizbullah mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu balistik sejak pertempuran hampir setahun lamanya dengan Israel bermula pada 7 Oktober.

    Israel melaksanakan lebih banyak serangan udara di sekitar Lubnan hari ini, selepas serangan awal minggu ini membunuh sekurang-kurangnya 558 orang dalam hari keganasan paling memautkan sejak perang saudara 1975-1990.

    Menurut pegawai Lubnan, ratusan ribu orang awam telah melarikan diri dari rumah mereka di selatan dan timur Lubnan, kedua-duanya merupakan kubu kuat Hizbullah, untuk mengelak dari keganasan antara pejuang yang disokong Iran, dan Israel.

    Nour Hamad, seorang pelajar berusia 22 tahun di bandar Baalbek, Lebanon, menggambarkan hidup dalam keadaan ketakutan sepanjang minggu.

    “Kami menghabiskan empat atau lima hari tanpa tidur, tidak tahu sama ada kami akan bangun pada waktu pagi,” katanya.

    “Suara pengeboman sangat menakutkan, semua orang takut. Kanak-kanak takut, dan orang dewasa juga takut.”

    Di Tel Aviv, siren berbunyi selepas pelancaran peluru berpandu yang belum pernah berlaku sebelum ini oleh Hizbullah, yang telah dipintas oleh tentera Israel. – AFP

    Roket yang dilancarkan dari selatan Lubnan dipintas oleh peluru berpandu sistem pertahanan udara Iron Dome Israel di atas Haifa di utara Israel pada 25 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda