Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – McDonald’s Brunei dengan bangga menyertai negara dalam meraikan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41) dengan mengedarkan sejumlah 4,100 sosej McMuffins secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan berkenaan.
Sejumlah 1,500 sosej McMuffins diagihkan semasa Upacara Perhimpunan Agung Sambutan HK-41 di ibu negara, sementara tambahan 2,600 lagi diedarkan di kesemua restoran McDonald’s Brunei di seluruh negara.
Inisiatif tersebut adalah komponen utama tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s Brunei, Makan Ceria, Selalu Bersama, yang memberi tumpuan kepada memupuk keceriaan dan hubungan dengan masyarakat.
McDonald’s Brunei telah menjadi sebahagian daripada inisiatif yang bermakna sejak 2016, dan tahun ini menandakan tahun kesembilan berturut-turut menyertai dalam acara bersejarah ini.