Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    HK haramkan CBD, sama seperti heroin dan kokain

    HONG KONG, 1 FEB – Hong Kong telah menguatkuasakan undang-undang baharu yang mengharamkan pemilikan, penggunaan dan penjualan cannabidiol (CBD) yang berkuat kuasa hari ini, meletakkan bahan itu setanding dengan heroin dari segi klasifikasi undang-undang.

    CBD, tumbuhan kanabis bukan sebatian psiko aktif, dianggap oleh penggunanya dapat mengurangkan kesakitan, tekanan, kebimbangan dan keradangan.

    Bagaimanapun pihak berkuasa Hong Kong berkata dakwaan itu ‘tidak mempunyai bukti saintifik’ dan telah mewajarkan larangan mereka dengan menegaskan produk itu boleh ditukar menjadi kompaun memabukkan THC, yang sudah pun menyalahi undang-undang di bandar itu.

    Penalti kemungkinan termasuk penjara seumur hidup dan denda sehingga HK$5 juta (AS$638,000) kerana mengimport, mengeksport atau mengeluarkan CBD, yang melibatkan lebih 200 ‘ubat berbahaya’ lain yang dilarang di wilayah itu.

    Memiliki atau menggunakannya boleh membawa kepada tujuh tahun penjara dan denda HK$1 juta (AS$128,000).

    Di peringkat global, populariti produk yang mengandungi CBD telah melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan gula-gula getah, kopi, bir dan krim kecantikan kesemuanya sebahagian daripada industri itu dijangka bernilai AS$47 bilion menjelang 2028, meningkat daripada AS$4.9 bilion pada 2021.

    CBD adalah sah digunakan di Amerika Syarikat dan sebahagian negara di Eropah serta di beberapa negara Asia seperti Jepun dan Thailand.

    Di Hong Kong, pihak berkuasa memberi masa tiga bulan kepada perusahaan dan penduduk untuk membuang sebarang barangan tegahan sebelum hukuman ketat berkuat kuasa hari ini.

    Kira-kira 77,400 barang telah dibuang ke dalam tong sampah kerajaan pada Ahad, menurut data rasmi. – AFP

    Gambar ilustrasi menunjukkan produk cannabidiol di Hong Kong pada 1 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...