HONG KONG, 23 SEPT – Hong Kong telah kehilangan statusnya sebagai pusat kewangan utama di Asia kepada Singapura dalam senarai ranking global di mana New York dan London masih mengekalkan kedudukan nombor satu dan kedua.
Singapura melonjak tiga tempat ke tangga ketiga dalam Indeks Pusat Kewangan Global (GFCI) yang menilai 119 bandar di seluruh dunia dan disiarkan lewat semalam.
Hong Kong telah mematuhi peraturan sifar COVID yang ketat sepanjang pandemik, sekali gus menjejas ekonomi dan memburukkan lagi penghijrahan cendekiawan ketika hab perniagaan pesaing dibuka semula.
Sebaliknya, Singapura berjaya beralih kepada endemik pada awal tahun ini dan telah membuka semula sempadan tanpa sekatan.
Negara kota itu telah menganjur beberapa persidangan kewangan dan perniagaan pada bulan-bulan akan datang serta perlumbaan Formula Satu minggu depan, sementara empat juta orang dijangka melawat negara itu pada tahun ini. – AFP
