Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    HK perluas pas vaksinasi digital untuk kanak-kanak

    HONG KONG, 8 SEPT – Hong Kong akan memperluaskan pas vaksinasi digital agar kanak-kanak seawal usia lima tahun boleh memasuki premis-premis, umum pihak berkuasa hari ini.

    Peraturan baharu itu bermaksud kanak-kanak lima tahun ke atas perlu mengemukakan bukti kod QR vaksinasi untuk memasuki restoran, kolam renang, perpustakaan serta kemudahan lain.

    Ia juga menggunakan aplikasi ‘Leave Home Safe’ untuk menyimpan rekod vaksinasi dan memantau pergerakan.

    Mereka yang ingin memasuki kebanyakan premis awam perlu mengimbas kod QR yang menunjukkan status vaksinasi mereka.

    Sehingga kini peraturan itu hanya terpakai kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

    Menjelang akhir bulan ini, kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas perlu mempunyai satu dos vaksin dalam tempoh tiga bulan terakhir ini dan diikuti suntikan dua dos menjelang 30 November. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...